Friday, 30 August 2013

part 7


                 Aireen meronta-ronta meminta dilepaskan daripada di berkas, orang-orang suruhan Aireen hanya beberapa orang sahaja yang Berjaya di berkas manakala selebihnya lagi Berjaya melepaskan diri mereka. "Hazreeq kau tunggu je lah nanti!!" ujar Aireen tidak puas hati. Hazreeq yang sedang lemah itu langsung tidak mengendahkan Aireen. Hazreeq juga tertanya-tanya siapakah yang menghubungi pihak polis. Hazreeq dipapah kedalam kereta polis lalu segera di hantar ke Hospital berdekatan.


                Sementara itu di wad Hazeeq, Fareez datang untuk melawatnya. "Hazeeq, kau dah rasa ok?" soal Fareez. "Alhamdulillah sudah sikit" ujar Hazeeq. "Actually aku ada something nak bagi tahu kau ni. " ujar Fareez. "Bagi tahu apa?" soal Hazeeq lagi. "urm, abang kau, da kena tahan dekat wad jugak tadi." ujar Fareez. "APa? wad mana? aku nak melawat dia! apa jadi dekat dia sebenarnya?" soal Hazeeq lagi yang sedang dalam eadaan yang amat risau akan keadaan abangnya itu. "Dia kena belasah dengan konco Aireen, Kamal yang mengadu dekat polis kerana dia memerhatikan Aireen sejak dari semalam lagi" balas Fareez. "Kamal? Aireen? bukan dia orang tu pasangan couple ke? kenapa macam bermusuhan pulak?" soal Hazeeq lagi. "Mungkin Kamal nak balas dendam dengan Aireen." balas Fareez lagi.. "OK aku nak pergi melawat abang aku boleh tak?" soal Hazeeq. "Boleh, jom aku bawa kau" balas Fareez.



                               *                *                *

                    Hazeeq berdiri di daun pintu wad abangnya.  dia menitiskan air mata melihat keadaan abangnya yang dibalut dikepala, tangan kanan dan kaki kirinya. "Abang!!" jerit hati kecil Hazeeq. Hazeeq menghampiri abangnya yang tidak sedarkan diri itu. "Abang, sekarang giliran adik pula jaga abang, abang cepat sembuh ya" ujar Hazeeq lalu menitiskan air matanya sambil diperhatikan oleh Fareez. Fareez turut mengalirkan air mata melihat keakraban antara mereka berdua itu.


              2 minggu kemudian Hazreeq dibenarkan keluar daripada Hospital, Hazeeq lega dengan berita itu, dia juga sudah mulai mengikut kata-kata abangnya dan Fareez yang menasihatinya untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya itu. Hazeeq akur. Dia dan abangnya juga telah mulai menjalani kuliah seperti biasa walaupun Hazreeq terpaksa menggunakan tongkat. Mujur dia mempunyai ramai kawan-kawan yang sudi membantunya.


                Kamal pula sudah datang sendiri untuk meminta maaf  kepada Hazeeq, Hazreeq dan Fareez ketika mereka bertiga berkumpul di kedai makan  kolej mereka. Hazeeq telahpun memaafkan Kamal kerana dia tahu cinta yang membuatkan Kamal buta untuk mengikut sahaja kata-kata Aireen dulu. Hazeeq juga tidak membawa kes dia dipukul itu ke pengadilan kerana dia percaya Kamal telahpun berubah sepenuhnya. Mereka Berempat kemudiannya telahpun menjadi kawan baik dan selalu lepak bersama apabila ada masa lapang...


part 6


Keesokan harinya, Aireen ke hospital tempat Hazeeq di rawat pada waktu pagi itu. Dia berpura-pura baik depan Hazeeq untuk mengoda Hazeeq sekali lagi. Kedatangan Aireen ke wad Hazeeq itu amat mengejutkan Hazeeq. “kau buat apa datang sini hah?!” soal Hazeeq dengan nada sedikit marah. “salah ke aku nak minta maaf dengan kau dan melawat kau? Niat aku baik lah Hazeeq.” Balas Aireen pura-pura bersopan di hadapan Hazeeq. “baik kau balik sekarang Kamal pasti marah kalau dapat tau kau ada kat sini.” Balas Hazeeq pula. “Kamal? Kenapa dia nak marah pulak? Dia tu bukan siapa-siapa pada aku pun.” Balas Aireen. Kebetulan rakan baik Kamal iaitu Qairel yang berada di hospital itu juga untuk meninjau keadaan Hazeeq dari jauh terdengar apa yang diperkatakan Aireen itu. Qairel segera pulang ke kampus untuk memaklumkan sendiri hal tersebut kepada Kamal.

 

*                                    *                                         *

 

                “Kamal! Kamal! Kamal!” jerit Qairel memanggil-manggil Kamal yang sedang duduk lepak di cafĂ© kampus mereka. “Kau ni kenapa Qairel lepak dulu sini minum kopi cap ginseng biar hilang mengah kau tu” ujar Kamal selamba sambil digelakkan rakan-rakannya yang lain. “Aireen!... Aireeen!...” ujar Qairel sambil tercungap-cungapnya masih belum hilang. “Kenapa dengan awek aku tu?” soal Kamal. “Aku ngendap dia…” belum habis Qairel bersuara Kamal ingin menghempuk Qairel kerana berani-beraninya Qairel mengendap aweknya. “relaks dulu bro!” ujar Firdaus yang menepis tangan Kamal yang baran itu. Qairel meneruskan ceritanya. “aku ngendap Aireen pergi jumpa Hazeeq tadi. Dia cakap kat Hazeeq yang Dia tak ada kena mengena dengan kau pun sebenarnya.” Baru Qairel dapat menghabiskan ceritanya. “Apa?!” merah padam muka Kamal selepas mendengar cerita Qairel itu. “Bodohnya perempuan tu! Kau mesti ajar dia Kamal!” bentak Firdaus. Kamal dan rakan-rakannya mula mengaturkan strategi untuk mengenakan Aireen yang telah menipu serta mempergunakannya selama ini.

 

                “Hazeeq kau maafkan aku tak ni?” soal Aireen. “Aku maafkan so kau pergilah balik sekarang aku nak berehat” ujar Aireen. “Thanks Hazeeq!!” balas Aireen lalu mencium pipi Hazeeq. Hazeeq terpaku. Aireen pula terus beredar keluar daripada wad Hazeeq. “hish! Gila betullah minah ni tak tahu malu agaknya” ujar Hazeeq dalam hatinya lalu terus berehat dan melelapkan matanya.

               
                 Hazreeq tersdar daripada pengsan. Seluruh badannya berlumuran darah. Dia cuba untuk melepaskan dirinya dalam keadaan yang tidak berdaya itu. Hazreeq hanya mampu berdoa supaya dia dapat segera keluar daripada neraka perempuan yang dianggap gedik olehnya itu iaitu Aireen. Beberapa minit kemudian, Aireen muncul untuk masuk ke dalam bilik kurungan Hazreeq itu. "Sakit ke?" soal Aireen sambil tergelak seolah-olah seperti Pontianak mengilai. "langsung tak!" balas Hazreeq. "Tak? Kau tau tak hati aku ni lagi sakit daripada kesakitan yang kau rasakan ni? so kalau kau tak rasa sakit lagi boleh lah aku cuba guna pisau ni pula" ujar Aireen sambil membelek pisau yang berada di tangannya itu. Hazreeq hanya tergelak kecil. Tanpa di duga, tiba-tiba kedengaran bunyi siren daripada kereta polis. Hazreeq tersengih. Aireen mulai gelabah lalu berlari keluar dari bilik  tersebut. Belum sempat dia keluar polis telah Berjaya memberkasnya. Polis segera melepaskan Hazreeq yang berlumuran darah itu lalu mengarahkan anggotanya untuk menghantar Hazreeq ke hospital kerana Hazreeq telah banyak kehilangan darah.

part 5


     Malam itu Hazreeq pulang berseorangan. Fareez sibuk dengan assignmentnya. Hazreeq melalui jalan pintas untuk pulang ke asrama kampusnya. Tiba2 jalan yang jarang dilalui orang ramai pada waktu malam itu terdapat sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan. Barangkali rosak agaknya, baik aku tolong. Ujar Hazreeq dalam hati. Hazreeq pun memberhentikan keretanya di belakang kereta yang rosak itu dan melihat seorang lelaki sedang sibuk meneliti kerosakan keretanya itu. “Assalamualaikum abang, apa masalahnya ni abang? Boleh saya bantu? Soal Hazreeq. “boleh. Cuba kau tengok apa masalahnya tu?” pinta orang itu. Tiba-tiba tanpa Hazreeq sedari kepalanya di pukul dengan sebatang kayu hingga dia jatuh rebah.

                Sementara itu Hazeeq yang berada di hospital tersedar dengan mengejut daripada tidur dan terus bangun sambil tercungap-cungap. Jururawat yang berada berhampirannya terus kearah Hazeeq dan menenangkan Hazeeq serta menyuruh hazeeq berbaring semula. Hazeeq enggan kerana  ingin pulang kerana dia berasa tidak sedap hati terhadap abangnya. Namun jurarawat tersebut terus menghalang Hazeeq berbuat demikian lalu jururawat yang lain juga datang membantu untuk menangkan Hazeeq dengan memberikannya suntikan ubat penenang.

                 

                Hazreeq tersedar daripada pengsan. Dia melihat sekelilingnya dan merasakan tempat itu sangat tidak asing baginya. Dia berada di sebuah bilik di dalam sebuah rumah yang usang. Tangannya diikat kebelakang mulutnya juga di tutup dengan kain serta kedua-dua kakinya juga diikat.  Hazreeq cuba untuk membuka ikatan di tangannya, namun tidak berdaya. Tiba-tiba Hazreeq terdengar bunyi tapak kasut tumit tinggi seseorang semakin lama semakin kuat menghampirinya. Pintu di hadapan Hazreeq dikuak perlahan. Muncul seorang perempuan lalu menghampiri Hazreeq. Hazreeq terkejut apabila mendapati perempuan itu ialah Aireen. Rupa-rupanya dalang yang menyebabkan dia berada disitu adalah Aireen. Lelaki yang cuba Hazreeq bantu tadi adalah orang suruhan Aireen. “Kenapa?? Terkejut ke dengan semua ni?” soal Aireen. Hazreeq tidak dapat berkata apa-apa kerana mulutnya di tutup dengan kain yang di ikat ke mulutnya. Aireen kemudian menanggalkan kain pada mulut Hazreeq lalu membelai wajah Hazreeq yang tampan itu. Hazreeq terus bersuara “Kau ni dah kenapa perempuan gila?!!” bentak Hazreeq setelah mengelak dari dibelai oleh Aireen.

                “Kenapa dengan aku kau tanya? Aku gilakan kau tapi kau malukan aku depan orang ramai kau tau tak betapa pedihnya hati aku ni?!” soal Aireeen dengan nada yang amat marah. “Wei, aku rasa kau ni memang dah tak betullah otak kau tu! Kita tak kenal and aku pun tak pernah nak kenal dengan kau yang kau nak suka aku ni dah kenapa?!!” bentak Hazreeq semula. “Eh suka hati aku lah siapa pun yang aku nak suka!” balas Aireen. “Kau juga ke yang buat adik aku sampai koma tu?!” soal Hazreeq. “bijak sungguh kau ni! Memang aku! Aku yang suruh Kamal pukul dia sebab aku mengadu pada Kamal yang adik kesayangan kau tu cuba goda dan kacau hidup aku sebab perangai dia macam kau ni lah!” balas Aireen. “Apa? Kau memang tak guna! Sanggup kau aniaya adik aku yang tengah sakit tu kan! Aku tak akan pernah maafkan kau perempuan!” ujar Hazreeq yang semakin geram. Aireen hanya tergelak sahaja lalu keluar dari bilik itu dan menyuruh Orang-orang suruhannya membelasah Hazreeq. Hazreeq dibelasah hingga cedera di kepala,kaki dan tangannya. Hazreeq terus tidak sedarkan diri setelah  dibelasah dengan teruknya.

part 4


               “Sakit tau tak!” bentak Aireen. “Sorry lah, aku tak sengaja, kau ni siapa tiba-tiba buat macam tu kat aku kan tak elok.” Ujar Hazreeq lembut. Kata-kata lembut dari Hazreeq itu cukup membuat  Aireen tergoda dan terdiam. Aireen mengalihkan rambutnya dari mukanya. Apabila Hazreeq ternampak sahaja perempuan itu merupakan Aireen dia terus membentak Aireen tanpa perasaan bersalah lagi “Ish! Kau rupanya perempuan gedik? Berani kau ganggu aku ya?!” bentak Hazreeq pada Aireen. Aireen yang terus terkejut dangan perubahan suara Hazreeq itu terus memarahi Hazreeq kembali. “Ganggu? Mana ada! Aku nak minta maaf je dekat kau!” Persepsinya terhadap Hazreeq berubah kembali. “Minta maaf untuk apa? Adik aku dah koma sekarang, kau pegi jaga diri and attitude kau baik-baik sudah!” marah Hazreeq lagi. Aireen terus berlalu dari situ tanpa banyak cakap. dia cuba untuk mencari  strategi sendiri untuk berdepan Hazreeq selepas ini.  

              Bermacam-macam perkara yang Aireen fikirkan supaya dia dapat berbaik dengan Hazreeq. Aireen sudah mulai jatuh hati pada seniornya itu. Keesokannya, Hazreeq ke perpustakaan selepas habis kuliah pagi. Di situ juga Aireen terserempak dengan Hazreeq yang sedang duduk berseorangan. Aireen segera menghampiri Hazreeq dan duduk dihadapan Hazreeq. Hazreeq amat terkejut dengan tindakan Aireen itu. “Kau nak apa ni perempuan??” soal Hazreeq dengan nada berbisik keras. “Nak minta tolong abang ajarkan saya ni” balas Aireen sambil menunjukkan buku kosong. “Ajar apa dekat buku kosong tu? Ajar biar jadi sopan ke?” soal Hazreeq selamber. “Ish! Ajar aku untuk buat kau tak marah lagi pada aku lah!” ujar Aireen pula. “Ish perempuan nih!” balas Hazreeq lalu terus berlalu dari situ untuk melawat Hazeeq. “Eh, nak pergi mana tu? Kalau nak lawat Hazeeq aku nak ikut boleh?” soal Aireen beria. “Kau tak payah sibuklah perempuan! Sebab kau dia jadi macam tu, aku tak akan sesekali benarkan kau jumpa dia ok!” marah Hazreeq lagi. Aireen terdiam, dia tetap tidak berputus asa dan mengikut Hazreeq senyap-senyap hingga sampai ke wad Hazeeq.

      Aireen melihat dari jauh Hazreeq melayan adiknya sedang koma itu. “Adik abang apa khabar hari ni? Adik bila nak sedar ni, abang risau sangat. Abang rindu saat kita lepak and gurau sama-sama” bisik Hazreeq pada Hazeeq.   Aireen terus menghampiri Hazreeq dan memegang bahu Hazreeq seolah-olah ingin memujuk. Hazreeq amat terkejut dan terus menepis tangan Aireen dari bahunya. “Eh! Kan aq dah cakap kat kau jangan datang sini!” bentak Hazreeq dengan nada berbisik.”Lepak lah, aq kawan Hazeeq juga tak akan tak boleh lawat dia?” soal Aireen pula. “Memang tak boleh pun, kau dah buat dia macam ni ada hati lagi nak melawat dia!” marah Hazreeq lagi.”aq buat dia macam tu? Kau mengarut apa ni?” soal Aireen lagi. “Dah, dah tak payah nak menyibuk dekat sini lah perempuan!” nada Hazreeq semakin marah lalu terus menarik Aireen keluar daripada bilik rawatan Hazeeq. Aireen menjadi semakin marah dan bertekad untuk membalas dendam pada Hazreeq kerana telah memalukan dirinya di hospital itu.
      “A..bang…, A…bang…” tiba-tiba Hazreeq terdengar seseorang memanggilnya dan dia tahu suara itu suara adiknya. “Hazeeq! Kau dah sedarpun akhirnya! Nak abang panggil doktor ke?” Soal Hazreeq. Hazeeq menggelengkan kepalanya sambil berkata “a..dik ha…us” ujar Hazeeq yang masih dalam keadaan lemah. Hazreeq terus memberikan sebotol air mineral kepada Hazeeq untuk menghilangkan hausnya. “Abang, adik nak balik.” Pinta Hazeeq. “nanti dulu ya, adik sabarlah, adik tu kan sakit lagi.” Balas Hazreeq memujuk adiknya. “adik takutlah abang” ujar Hazeeq meluahkan rasa hatinya. “Takut? Adik takut pada siapa ni?” soal Hazreeq. “Ka…mal… abang. Dia ugut adik. Abang jangan bagi tau sesiapa. Dia yang pukul adik abang.” Ujar Hazeeq menceritakan perkara yang menimpa dirinya. “Abang dah agak dah, adik jangan risau ya, lepas ni dia tak boleh buat apa-apa lagi
  pada adik. Abang janji ya” pujuk Hazreeq. Hazreeq kemudian menyuruh adiknya untuk berehat. Hazeeq terus melelapkan matanya.

part 3


“Siapa perempuan tu Eez??” soal Hazreeq. “Aireen Aimiera.” Balas Fareez singkat. “Perempuan  gedik tu? Aku selalu nampak dia tergedik-gedik bila nampak senior-senior. Ramai jugak lah yang mengadu kat aku pasal dia.” Ujar Hazreeq. “Memang pun kalau dengan yang satu sem dengan dia lagi lah, geli aku tengok selamber jer pegang-pegang lelaki tu.” Ujar Fareez pula. Tiba-tiba seseorang menegur mereka dari belakang. “hai! hai Eez!” tegur  Syahilla  dan Aireen . “Illa, Aireen, buat apa kat sini malam-malam macam ni??” soal Fareez. “kau orang ni apa pasal malam-malam macam ni tak duduk bilik je?” soal Hazreeq pula yang mula pandang pelik mereka berdua. “Sorry lah abang senior kitaorang cari barang penting tadi.” Ujar Aireen dengan berani. “Kau Aireen freshy tergedik tu kan? Aku dengar cerita kau mengatal dengan adik aku! Sekarang dia dah kat hospital! Puas hati kau?!” bentak Hazreeq yang tidak dapat menahan emosinya. “Apa? Gedik? Siapa adik kau? Mana aku kenal!” marah Aireen pula. “ patut pun tak kenal yang kau tau mengedik je! Aku abang Hazeeq!” marah Hazreeq. “Please lah tak payah panggil aku gedik ok! Oh, kau rupanya Hazreeq yang orang ramai tergila-gila kan tu ye? Tak de lah hot sangat pun!” ujar Aireen selamber lalu terus berlalu dari situ. “Abang Hazreeq maafkan kami, kami balik dulu” ujar Syahilla lembut dan hormat. Hazreeq tidak mengendahkan kata-kata Syahilla. Syahilla berlalu mengejar Aireen yang sudah jauh meninggalkannya. “Ish berani betul perempuan tu cakap macam bagus depan aku!” ujar Hazreeq. “dia tu kan bajet hot and good-good je, memang lah macam tu tak takut agaknya kena badi!” ujar Fareez pula.
    

                                 *                                 *                              *

  

   “Eh, kau dengar tak tadi dia cakap Hazeeq masuk hospital?” soal Aireen pada Syahilla. “Dengar, kau tak rasa bersalah ke cakap macam tu kat abang Hazreeq tu?” Soal syahilla pula. “Ada juga rasa menyesal, tapi aku geram gila mulut dia macam tak ada insurans cakap aku ni tau mengedik je. Aq risau lah dengan Hazeeq kenapa dia masuk hospital ya?” soal Aireen pula. “Tu lah kau, kalau marah mesti tak boleh control. Sekarang tak kan kita nak patah balik tanya abang Hazreeq pasal Hazeeq.” Ujar Syahilla lagi. “Ish! Gila nak buat macam tu mahu kita di perambat balik nanti.” Balas Aireen. Lalu mereka bergegas pulang ke asrama mereka kerana sudah lewat malam.

                   Malam itu, Aireen tidak dapat melelapkan matanya memikirkan keadaan Hazeeq. Segala posisi tidur dilakukan namun sukar juga untuk dia melelapkan matanya. Lalu Aireen keluar bersendirian dan pergi ke satu kawasan di kampusnya itu yang mempunyai pemandangan waktu malam yang amat cantik. Setibanya Aireen di kawasan itu dia melihat ramai lagi pelajar-pelajar lain duduk di situ untuk mengulangkaji pelajaran. Dia terpandang seseorang yang bersendirian duduk menghadap keindahan malam itu. Aireen perasan bahawa dia adalah Hazreeq. Aireen memberanikan diri untuk mendekati Hazreeq dan cuba bergurau dengan Hazreeq dengan menutup mata Hazreeq menggunakan jari-jemarinya yang halus-mulus itu. Hazreeq betul-betul terkejut dengan tindakan Aireen itu lalu menarik kuat tangan Aireen hingga Aireen jatuh tersungkur di hadapannya. “Aduh!!” teriak Aireen yang membuatkan orang sekelilingnya memandang kearahnya. Hazreeq yang menyedari dia telah mengasari seorang perempuan terus meminta maaf kepada Aireen tanpa menyedari perempuan itu adalah Aireen kerana rambut Aireen menutup separuh mukanya.

part 2


Beberapa minit kemudian doktor keluar daripada bilik rawatan hazeeq. Fareez segera bertanya keadaan Hazeeq. Doktor terpaksa menceritakan keadaan Hazeeq kepada  Fareez memandangkan kedua-dua ibubapa Hazeeq sedang berkerja di luar Negara. “Apa yang berlaku pada Hazeeq sebenarnya doktor??” soal Fareez. “Saya harap awak sebagai rakan dia dapat memberikan dia semangat untuk pulih. Jikalau diikutkan pada imbasan x-ray, memang terdapat darah beku dalam kepala Hazeeq. Tetapi ianya tidak akan membuatkan Hazeeq sering jatuh pengsan jika dia tidak mempunyai penyakit lain.” Ujar doktor tersebut. “Maksud doktor Hazeeq mempunyai penyakit lain ke??” soal Fareez lagi. “Ya, Hazeeq sudah lama tahu dia mempunyai penyakit Lukimea, namun dia tidak pernah datang untuk membuat rawatan.” Balas doktor itu lagi. “apa?! Lukimea? Adakah masih ada peluang untuknya sembuh?” soal Fareez lagi. “saya mengesan penyakitnya itu pada akhir tahun lepas, mungkin dia masih di peringkat awal dan insyallah dia masih boleh disembuhkan. Cuma dia perlukan dorongan dan bimbingan agar dia mahu untuk menjalani rawatan dengan segera. Dia juga perlu menjalani pembedahan untuk membuang darah beku dengan segera agar darah beku itu tidak mengangu saraf otaknya.” Jelas doktor tersebut.

 Fareez berasa amat kesal dengan sikap Hazeeq yang degil untuk membuat rawatan penyakitnya itu. Justeru Fareez bertekad untuk membantu rakan baiknya itu untuk segera sembuh. Fareez menghubungi keluarga Hazeeq untuk pengurusan pembedahan Hazeeq.  Abang Hazeeq iaitu Hazreeq yang baru pulang dari bercuti di Korea selepas cuti semesternya tamat telah menjadi wakil untuk menandatangani surat persetujuan pembedahannya.

        Fareez kemudian menceritakan segala perkara berkaitan penyakit Hazeeq serta keadaannya kepada Hazreeq. “dia ada lukimea? Kenapa dia tidak pernah bagi tahu aku pun sebelum ni?” soal Hazreeq yang tua 2 tahun daripada Hazeeq dan Fareez. “mungkin dia tidak mahu sesiapa risaukan dirinya” balas Fareez. “tapi sekarang aku dah jadi lagi risau fikirkan keadaan dia” balas Hazreeq. “kita sama-sama berdoa, in shaa Allah dia akan sembuh sepenuhnya nanti” balas Fareez. Hazreeq kemudian ke bilik rawatan Hazeeq untuk melihat keadaan Hazeeq. Sebak hati Hazreeq melihat keadaan adiknya yang sedang bertarung nyawa dengan pelbagai wayar di sambung ke tubuhnya. “Adik, abang janji abang akan kerjakan orang yang belasah adik tu, berani diaorang buat macam ni pada adik abang. Adik kuatkan semangat, abang dan fareez akan sama-sama tolong adik” bisik Hazreeq pada Hazeeq.

            *                     *                     *

     Hazreeq mengajak Fareez keluar untuk makan pada malam itu. “Eez! Kau betul-betul tak tahu ke siapa yang ganyang adik aku tu?” soal Hazreeq. “betul aq tak tahu, setahu aku dia tak ada musuh. Sekejap! Hari tu aku ada Nampak Kamal warning Hazeeq dekat depan bilik kuliah 1.” Balas Fareez yang baru teringat akan kejadian itu. “Kamal bagi warning? Maksud kau dia ugut adik aku? Tapi kenapa? Kamal yang bajet hot tu ke?” soal Hazreeq. Hazreeq merupakan pelajar semester 5 di universiti yang juga sama dengan adiknya, Fareez dan Kamal. Hazeeq dan Fareez berada di semester satu, Kamal pula semester tiga. “Betul lah tu budak bajet hot padahal tak hot mana pun. Dia ugut adik kau jangan gangu makwe dia. Aku curi-curi dengar. Aku rasa adik kau tak pernah pun nak dekat dengan makwe mamat tu, tapi makwe mamat tu yang terhegeh-hegeh dekat adik kau.” Ujar Fareez dengan panjang lebar.

     

Part 1

Hazeeq sangat pelik dengan keadaan biliknya yang amat bersepah pada malam itu. Setahunya, dia telah mngemas biliknya itu sbelum keluar ke kuliah. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang lalu menarik tangannya dengan ganas. “aduh!” teriak Hazeeq. “eh kenapa ni?” soal Hazeeq apabila ternampak lapan orang pelajar yang mengelilinginya. “kenapa kau Tanya? Kan aku dah warning kau awal-awal, kenapa tak nak dengar sekarang kau rasakan!” bentak salah seorang dari mereka yang bernama Kamal. Kemudian Kamal terus memukul kepala Hazeeq menggunakan kayu hokinya. Hazeeq mengerang kesakitan dan terus rebah sambil memegang kepalanya yang berlumuran darah. Selepas itu, rakan-rakan Kamal yang lain pula menendang dan memukul Hazeeq dengan pelbagai senjata mereka hingga hazeeq berkeadaan lemah. Kemudian Kamal mengheret Hazeeq masuk ke bilik Hazeeq lalu meninggalkannya begitu sahaja. Hazeeq cuba untuk bangun dan meminta tolong tetapi tidak berdaya.
 
 

Kamal masuk semula ke bilik Hazeeq dan menarik rambut Hazeeq sekuat hatinya lalu berbisik kepada Hazeeq “kalau kau gangu lagi awek aku, lubang kubur aku hantar kau faham tak?! Dan kalau perkara ni sampai ke pengetahuan pihak pentadbiran, kau akan menyesal Zeeq!!” bentak Kamal mengugut Hazeeq. Hazeeq tidak dapat berbuat apa-apa. Dia terpaksa bertahan di dalam biliknya sahaja sehingga ada orang yang datang membantunya. Beberapa minit kemudian Hazeeq yang tidak dapat menahan kesakitan terus tidak sedarkan diri.
  

“Zeeq! Zeeq! Kau ok tak ni? Kau kat hospital ni. Ni aku Fareez.”ujar Fareez yang merupakan rakan baik Hazeeq. Hazeeq cuba untuk bangun tetapi kepala dan seluruh tubuhnya berasa amat sakit. “Arghh!! Hossspiiiital?? Eez! Tolong aku, jangan bagi tahu sesiapa mahupun pihak universiti yang aku kene belasah ni. Tolong aku ok eez?” pinta Hazeeq. “Kenapa pula Zeeq? Kalau aku tak bagi tahu lambat laun mereka akan tahu juga sebab kau kena tahan kat wad ni sminggu lagi untuk pemeriksaan kepala kau. Doktor cakap ada darah beku.” Jelas Fareez. “Apa?!” soal Hazeeq terkejut.
“Aku tak kira sekarang juga aku nak keluar dari sini” ujar Hazeeq bersungguh sambil cuba untuk bangun dari katil hospital. Fareez berasa amat pelik, mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Hazeeq.
 

  “Zeeq! Kau jangan degil macam ni, nanti kesihatan kau tergangu teruk” pujuk Fareez. “maafkan aq Eez, tapi aku buat semua ni pun atas keselamatan diri aku  juga” balas Hazeeq sambil terjengket-jengket keluar daripada bilik VIP hospital swasta itu. Tiba-tiba Hazeeq berasa kepalanya amat sakit. Pandangannya juga mulai semakin kabur. Hazeeq kemudian rebah di hadapan pintu bilik hospitalnya. Fareez segera menghampiri Hazeeq dan memanggil doktor. Doktor segera mengarahkan jururawat memapah Hazeeq ke atas katilnya dan segera memeriksa keadaan Hazeeq. Doktor juga memberikan topeng bantuan pernafasan kepada Hazeeq dengan segera. Doktor tersebut juga segara memeriksa nadi Hazeeq.  Fareez kemudian diarahkan untuk keluar sbentar dari bilik Hazeeq. Fareez ternampak doktor menekan-nekan dada Hazeeq. Fareez mula mengalirkan air mata apabila melihat keadaan rakannya itu.