Friday, 30 August 2013

part 5


     Malam itu Hazreeq pulang berseorangan. Fareez sibuk dengan assignmentnya. Hazreeq melalui jalan pintas untuk pulang ke asrama kampusnya. Tiba2 jalan yang jarang dilalui orang ramai pada waktu malam itu terdapat sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan. Barangkali rosak agaknya, baik aku tolong. Ujar Hazreeq dalam hati. Hazreeq pun memberhentikan keretanya di belakang kereta yang rosak itu dan melihat seorang lelaki sedang sibuk meneliti kerosakan keretanya itu. “Assalamualaikum abang, apa masalahnya ni abang? Boleh saya bantu? Soal Hazreeq. “boleh. Cuba kau tengok apa masalahnya tu?” pinta orang itu. Tiba-tiba tanpa Hazreeq sedari kepalanya di pukul dengan sebatang kayu hingga dia jatuh rebah.

                Sementara itu Hazeeq yang berada di hospital tersedar dengan mengejut daripada tidur dan terus bangun sambil tercungap-cungap. Jururawat yang berada berhampirannya terus kearah Hazeeq dan menenangkan Hazeeq serta menyuruh hazeeq berbaring semula. Hazeeq enggan kerana  ingin pulang kerana dia berasa tidak sedap hati terhadap abangnya. Namun jurarawat tersebut terus menghalang Hazeeq berbuat demikian lalu jururawat yang lain juga datang membantu untuk menangkan Hazeeq dengan memberikannya suntikan ubat penenang.

                 

                Hazreeq tersedar daripada pengsan. Dia melihat sekelilingnya dan merasakan tempat itu sangat tidak asing baginya. Dia berada di sebuah bilik di dalam sebuah rumah yang usang. Tangannya diikat kebelakang mulutnya juga di tutup dengan kain serta kedua-dua kakinya juga diikat.  Hazreeq cuba untuk membuka ikatan di tangannya, namun tidak berdaya. Tiba-tiba Hazreeq terdengar bunyi tapak kasut tumit tinggi seseorang semakin lama semakin kuat menghampirinya. Pintu di hadapan Hazreeq dikuak perlahan. Muncul seorang perempuan lalu menghampiri Hazreeq. Hazreeq terkejut apabila mendapati perempuan itu ialah Aireen. Rupa-rupanya dalang yang menyebabkan dia berada disitu adalah Aireen. Lelaki yang cuba Hazreeq bantu tadi adalah orang suruhan Aireen. “Kenapa?? Terkejut ke dengan semua ni?” soal Aireen. Hazreeq tidak dapat berkata apa-apa kerana mulutnya di tutup dengan kain yang di ikat ke mulutnya. Aireen kemudian menanggalkan kain pada mulut Hazreeq lalu membelai wajah Hazreeq yang tampan itu. Hazreeq terus bersuara “Kau ni dah kenapa perempuan gila?!!” bentak Hazreeq setelah mengelak dari dibelai oleh Aireen.

                “Kenapa dengan aku kau tanya? Aku gilakan kau tapi kau malukan aku depan orang ramai kau tau tak betapa pedihnya hati aku ni?!” soal Aireeen dengan nada yang amat marah. “Wei, aku rasa kau ni memang dah tak betullah otak kau tu! Kita tak kenal and aku pun tak pernah nak kenal dengan kau yang kau nak suka aku ni dah kenapa?!!” bentak Hazreeq semula. “Eh suka hati aku lah siapa pun yang aku nak suka!” balas Aireen. “Kau juga ke yang buat adik aku sampai koma tu?!” soal Hazreeq. “bijak sungguh kau ni! Memang aku! Aku yang suruh Kamal pukul dia sebab aku mengadu pada Kamal yang adik kesayangan kau tu cuba goda dan kacau hidup aku sebab perangai dia macam kau ni lah!” balas Aireen. “Apa? Kau memang tak guna! Sanggup kau aniaya adik aku yang tengah sakit tu kan! Aku tak akan pernah maafkan kau perempuan!” ujar Hazreeq yang semakin geram. Aireen hanya tergelak sahaja lalu keluar dari bilik itu dan menyuruh Orang-orang suruhannya membelasah Hazreeq. Hazreeq dibelasah hingga cedera di kepala,kaki dan tangannya. Hazreeq terus tidak sedarkan diri setelah  dibelasah dengan teruknya.

No comments:

Post a Comment