“Sakit
tau tak!” bentak Aireen. “Sorry lah, aku tak sengaja, kau ni siapa tiba-tiba
buat macam tu kat aku kan tak elok.” Ujar Hazreeq lembut. Kata-kata lembut dari
Hazreeq itu cukup membuat Aireen tergoda
dan terdiam. Aireen mengalihkan rambutnya dari mukanya. Apabila Hazreeq
ternampak sahaja perempuan itu merupakan Aireen dia terus membentak Aireen
tanpa perasaan bersalah lagi “Ish! Kau rupanya perempuan gedik? Berani kau
ganggu aku ya?!” bentak Hazreeq pada Aireen. Aireen yang terus terkejut dangan
perubahan suara Hazreeq itu terus memarahi Hazreeq kembali. “Ganggu? Mana ada!
Aku nak minta maaf je dekat kau!” Persepsinya terhadap Hazreeq berubah kembali.
“Minta maaf untuk apa? Adik aku dah koma sekarang, kau pegi jaga diri and
attitude kau baik-baik sudah!” marah Hazreeq lagi. Aireen terus berlalu dari
situ tanpa banyak cakap. dia cuba untuk mencari strategi sendiri untuk berdepan Hazreeq
selepas ini.
Bermacam-macam perkara yang Aireen fikirkan supaya dia dapat berbaik
dengan Hazreeq. Aireen sudah mulai jatuh hati pada seniornya itu. Keesokannya,
Hazreeq ke perpustakaan selepas habis kuliah pagi. Di situ juga Aireen
terserempak dengan Hazreeq yang sedang duduk berseorangan. Aireen segera
menghampiri Hazreeq dan duduk dihadapan Hazreeq. Hazreeq amat terkejut dengan
tindakan Aireen itu. “Kau nak apa ni perempuan??” soal Hazreeq dengan nada
berbisik keras. “Nak minta tolong abang ajarkan saya ni” balas Aireen sambil
menunjukkan buku kosong. “Ajar apa dekat buku kosong tu? Ajar biar jadi sopan
ke?” soal Hazreeq selamber. “Ish! Ajar aku untuk buat kau tak marah lagi pada
aku lah!” ujar Aireen pula. “Ish perempuan nih!” balas Hazreeq lalu terus berlalu
dari situ untuk melawat Hazeeq. “Eh, nak pergi mana tu? Kalau nak lawat Hazeeq
aku nak ikut boleh?” soal Aireen beria. “Kau tak payah sibuklah perempuan!
Sebab kau dia jadi macam tu, aku tak akan sesekali benarkan kau jumpa dia ok!”
marah Hazreeq lagi. Aireen terdiam, dia tetap tidak berputus asa dan mengikut Hazreeq
senyap-senyap hingga sampai ke wad Hazeeq.
Aireen melihat
dari jauh Hazreeq melayan adiknya sedang koma itu. “Adik abang apa khabar hari
ni? Adik bila nak sedar ni, abang risau sangat. Abang rindu saat kita lepak and
gurau sama-sama” bisik Hazreeq pada Hazeeq.
Aireen terus menghampiri Hazreeq
dan memegang bahu Hazreeq seolah-olah ingin memujuk. Hazreeq amat terkejut dan
terus menepis tangan Aireen dari bahunya. “Eh! Kan aq dah cakap kat kau jangan
datang sini!” bentak Hazreeq dengan nada berbisik.”Lepak lah, aq kawan Hazeeq
juga tak akan tak boleh lawat dia?” soal Aireen pula. “Memang tak boleh pun,
kau dah buat dia macam ni ada hati lagi nak melawat dia!” marah Hazreeq
lagi.”aq buat dia macam tu? Kau mengarut apa ni?” soal Aireen lagi. “Dah, dah
tak payah nak menyibuk dekat sini lah perempuan!” nada Hazreeq semakin marah
lalu terus menarik Aireen keluar daripada bilik rawatan Hazeeq. Aireen menjadi
semakin marah dan bertekad untuk membalas dendam pada Hazreeq kerana telah
memalukan dirinya di hospital itu.
“A..bang…, A…bang…” tiba-tiba Hazreeq terdengar seseorang memanggilnya
dan dia tahu suara itu suara adiknya. “Hazeeq! Kau dah sedarpun akhirnya! Nak abang
panggil doktor ke?” Soal Hazreeq. Hazeeq menggelengkan kepalanya sambil berkata
“a..dik ha…us” ujar Hazeeq yang masih dalam keadaan lemah. Hazreeq terus memberikan
sebotol air mineral kepada Hazeeq untuk menghilangkan hausnya. “Abang, adik nak
balik.” Pinta Hazeeq. “nanti dulu ya, adik sabarlah, adik tu kan sakit lagi.”
Balas Hazreeq memujuk adiknya. “adik takutlah abang” ujar Hazeeq meluahkan rasa
hatinya. “Takut? Adik takut pada siapa ni?” soal Hazreeq. “Ka…mal… abang. Dia
ugut adik. Abang jangan bagi tau sesiapa. Dia yang pukul adik abang.” Ujar Hazeeq
menceritakan perkara yang menimpa dirinya. “Abang dah agak dah, adik jangan
risau ya, lepas ni dia tak boleh buat apa-apa lagipada adik. Abang janji ya” pujuk Hazreeq. Hazreeq kemudian menyuruh adiknya untuk berehat. Hazeeq terus melelapkan matanya.
No comments:
Post a Comment