Friday, 30 August 2013

Part 1

Hazeeq sangat pelik dengan keadaan biliknya yang amat bersepah pada malam itu. Setahunya, dia telah mngemas biliknya itu sbelum keluar ke kuliah. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang lalu menarik tangannya dengan ganas. “aduh!” teriak Hazeeq. “eh kenapa ni?” soal Hazeeq apabila ternampak lapan orang pelajar yang mengelilinginya. “kenapa kau Tanya? Kan aku dah warning kau awal-awal, kenapa tak nak dengar sekarang kau rasakan!” bentak salah seorang dari mereka yang bernama Kamal. Kemudian Kamal terus memukul kepala Hazeeq menggunakan kayu hokinya. Hazeeq mengerang kesakitan dan terus rebah sambil memegang kepalanya yang berlumuran darah. Selepas itu, rakan-rakan Kamal yang lain pula menendang dan memukul Hazeeq dengan pelbagai senjata mereka hingga hazeeq berkeadaan lemah. Kemudian Kamal mengheret Hazeeq masuk ke bilik Hazeeq lalu meninggalkannya begitu sahaja. Hazeeq cuba untuk bangun dan meminta tolong tetapi tidak berdaya.
 
 

Kamal masuk semula ke bilik Hazeeq dan menarik rambut Hazeeq sekuat hatinya lalu berbisik kepada Hazeeq “kalau kau gangu lagi awek aku, lubang kubur aku hantar kau faham tak?! Dan kalau perkara ni sampai ke pengetahuan pihak pentadbiran, kau akan menyesal Zeeq!!” bentak Kamal mengugut Hazeeq. Hazeeq tidak dapat berbuat apa-apa. Dia terpaksa bertahan di dalam biliknya sahaja sehingga ada orang yang datang membantunya. Beberapa minit kemudian Hazeeq yang tidak dapat menahan kesakitan terus tidak sedarkan diri.
  

“Zeeq! Zeeq! Kau ok tak ni? Kau kat hospital ni. Ni aku Fareez.”ujar Fareez yang merupakan rakan baik Hazeeq. Hazeeq cuba untuk bangun tetapi kepala dan seluruh tubuhnya berasa amat sakit. “Arghh!! Hossspiiiital?? Eez! Tolong aku, jangan bagi tahu sesiapa mahupun pihak universiti yang aku kene belasah ni. Tolong aku ok eez?” pinta Hazeeq. “Kenapa pula Zeeq? Kalau aku tak bagi tahu lambat laun mereka akan tahu juga sebab kau kena tahan kat wad ni sminggu lagi untuk pemeriksaan kepala kau. Doktor cakap ada darah beku.” Jelas Fareez. “Apa?!” soal Hazeeq terkejut.
“Aku tak kira sekarang juga aku nak keluar dari sini” ujar Hazeeq bersungguh sambil cuba untuk bangun dari katil hospital. Fareez berasa amat pelik, mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Hazeeq.
 

  “Zeeq! Kau jangan degil macam ni, nanti kesihatan kau tergangu teruk” pujuk Fareez. “maafkan aq Eez, tapi aku buat semua ni pun atas keselamatan diri aku  juga” balas Hazeeq sambil terjengket-jengket keluar daripada bilik VIP hospital swasta itu. Tiba-tiba Hazeeq berasa kepalanya amat sakit. Pandangannya juga mulai semakin kabur. Hazeeq kemudian rebah di hadapan pintu bilik hospitalnya. Fareez segera menghampiri Hazeeq dan memanggil doktor. Doktor segera mengarahkan jururawat memapah Hazeeq ke atas katilnya dan segera memeriksa keadaan Hazeeq. Doktor juga memberikan topeng bantuan pernafasan kepada Hazeeq dengan segera. Doktor tersebut juga segara memeriksa nadi Hazeeq.  Fareez kemudian diarahkan untuk keluar sbentar dari bilik Hazeeq. Fareez ternampak doktor menekan-nekan dada Hazeeq. Fareez mula mengalirkan air mata apabila melihat keadaan rakannya itu.

No comments:

Post a Comment