Aireen meronta-ronta meminta dilepaskan daripada di berkas, orang-orang
suruhan Aireen hanya beberapa orang sahaja yang Berjaya di berkas manakala
selebihnya lagi Berjaya melepaskan diri mereka. "Hazreeq kau tunggu je lah
nanti!!" ujar Aireen tidak puas hati. Hazreeq yang sedang lemah itu
langsung tidak mengendahkan Aireen. Hazreeq juga tertanya-tanya siapakah yang
menghubungi pihak polis. Hazreeq dipapah kedalam kereta polis lalu segera di
hantar ke Hospital berdekatan.
Sementara itu di wad Hazeeq, Fareez datang untuk melawatnya.
"Hazeeq, kau dah rasa ok?" soal Fareez. "Alhamdulillah sudah
sikit" ujar Hazeeq. "Actually aku ada something nak bagi tahu kau ni.
" ujar Fareez. "Bagi tahu apa?" soal Hazeeq lagi. "urm,
abang kau, da kena tahan dekat wad jugak tadi." ujar Fareez. "APa?
wad mana? aku nak melawat dia! apa jadi dekat dia sebenarnya?" soal Hazeeq
lagi yang sedang dalam eadaan yang amat risau akan keadaan abangnya itu.
"Dia kena belasah dengan konco Aireen, Kamal yang mengadu dekat polis
kerana dia memerhatikan Aireen sejak dari semalam lagi" balas Fareez.
"Kamal? Aireen? bukan dia orang tu pasangan couple ke? kenapa macam
bermusuhan pulak?" soal Hazeeq lagi. "Mungkin Kamal nak balas dendam
dengan Aireen." balas Fareez lagi.. "OK aku nak pergi melawat abang
aku boleh tak?" soal Hazeeq. "Boleh, jom aku bawa kau" balas Fareez.
* *
*
2 minggu
kemudian Hazreeq dibenarkan keluar daripada Hospital, Hazeeq lega dengan berita
itu, dia juga sudah mulai mengikut kata-kata abangnya dan Fareez yang
menasihatinya untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya itu. Hazeeq
akur. Dia dan abangnya juga telah mulai menjalani kuliah seperti biasa walaupun
Hazreeq terpaksa menggunakan tongkat. Mujur dia mempunyai ramai kawan-kawan
yang sudi membantunya.
Kamal
pula sudah datang sendiri untuk meminta maaf
kepada Hazeeq, Hazreeq dan Fareez ketika mereka bertiga berkumpul di
kedai makan kolej mereka. Hazeeq
telahpun memaafkan Kamal kerana dia tahu cinta yang membuatkan Kamal buta untuk
mengikut sahaja kata-kata Aireen dulu. Hazeeq juga tidak membawa kes dia
dipukul itu ke pengadilan kerana dia percaya Kamal telahpun berubah sepenuhnya.
Mereka Berempat kemudiannya telahpun menjadi kawan baik dan selalu lepak
bersama apabila ada masa lapang...