Friday, 30 August 2013

part 7


                 Aireen meronta-ronta meminta dilepaskan daripada di berkas, orang-orang suruhan Aireen hanya beberapa orang sahaja yang Berjaya di berkas manakala selebihnya lagi Berjaya melepaskan diri mereka. "Hazreeq kau tunggu je lah nanti!!" ujar Aireen tidak puas hati. Hazreeq yang sedang lemah itu langsung tidak mengendahkan Aireen. Hazreeq juga tertanya-tanya siapakah yang menghubungi pihak polis. Hazreeq dipapah kedalam kereta polis lalu segera di hantar ke Hospital berdekatan.


                Sementara itu di wad Hazeeq, Fareez datang untuk melawatnya. "Hazeeq, kau dah rasa ok?" soal Fareez. "Alhamdulillah sudah sikit" ujar Hazeeq. "Actually aku ada something nak bagi tahu kau ni. " ujar Fareez. "Bagi tahu apa?" soal Hazeeq lagi. "urm, abang kau, da kena tahan dekat wad jugak tadi." ujar Fareez. "APa? wad mana? aku nak melawat dia! apa jadi dekat dia sebenarnya?" soal Hazeeq lagi yang sedang dalam eadaan yang amat risau akan keadaan abangnya itu. "Dia kena belasah dengan konco Aireen, Kamal yang mengadu dekat polis kerana dia memerhatikan Aireen sejak dari semalam lagi" balas Fareez. "Kamal? Aireen? bukan dia orang tu pasangan couple ke? kenapa macam bermusuhan pulak?" soal Hazeeq lagi. "Mungkin Kamal nak balas dendam dengan Aireen." balas Fareez lagi.. "OK aku nak pergi melawat abang aku boleh tak?" soal Hazeeq. "Boleh, jom aku bawa kau" balas Fareez.



                               *                *                *

                    Hazeeq berdiri di daun pintu wad abangnya.  dia menitiskan air mata melihat keadaan abangnya yang dibalut dikepala, tangan kanan dan kaki kirinya. "Abang!!" jerit hati kecil Hazeeq. Hazeeq menghampiri abangnya yang tidak sedarkan diri itu. "Abang, sekarang giliran adik pula jaga abang, abang cepat sembuh ya" ujar Hazeeq lalu menitiskan air matanya sambil diperhatikan oleh Fareez. Fareez turut mengalirkan air mata melihat keakraban antara mereka berdua itu.


              2 minggu kemudian Hazreeq dibenarkan keluar daripada Hospital, Hazeeq lega dengan berita itu, dia juga sudah mulai mengikut kata-kata abangnya dan Fareez yang menasihatinya untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya itu. Hazeeq akur. Dia dan abangnya juga telah mulai menjalani kuliah seperti biasa walaupun Hazreeq terpaksa menggunakan tongkat. Mujur dia mempunyai ramai kawan-kawan yang sudi membantunya.


                Kamal pula sudah datang sendiri untuk meminta maaf  kepada Hazeeq, Hazreeq dan Fareez ketika mereka bertiga berkumpul di kedai makan  kolej mereka. Hazeeq telahpun memaafkan Kamal kerana dia tahu cinta yang membuatkan Kamal buta untuk mengikut sahaja kata-kata Aireen dulu. Hazeeq juga tidak membawa kes dia dipukul itu ke pengadilan kerana dia percaya Kamal telahpun berubah sepenuhnya. Mereka Berempat kemudiannya telahpun menjadi kawan baik dan selalu lepak bersama apabila ada masa lapang...


No comments:

Post a Comment