Keesokan harinya, Aireen ke
hospital tempat Hazeeq di rawat pada waktu pagi itu. Dia berpura-pura baik
depan Hazeeq untuk mengoda Hazeeq sekali lagi. Kedatangan Aireen ke wad Hazeeq
itu amat mengejutkan Hazeeq. “kau buat apa datang sini hah?!” soal Hazeeq
dengan nada sedikit marah. “salah ke aku nak minta maaf dengan kau dan melawat
kau? Niat aku baik lah Hazeeq.” Balas Aireen pura-pura bersopan di hadapan
Hazeeq. “baik kau balik sekarang Kamal pasti marah kalau dapat tau kau ada kat
sini.” Balas Hazeeq pula. “Kamal? Kenapa dia nak marah pulak? Dia tu bukan
siapa-siapa pada aku pun.” Balas Aireen. Kebetulan rakan baik Kamal iaitu
Qairel yang berada di hospital itu juga untuk meninjau keadaan Hazeeq dari jauh
terdengar apa yang diperkatakan Aireen itu. Qairel segera pulang ke kampus
untuk memaklumkan sendiri hal tersebut kepada Kamal.
* * *
“Kamal!
Kamal! Kamal!” jerit Qairel memanggil-manggil Kamal yang sedang duduk lepak di
cafĂ© kampus mereka. “Kau ni kenapa Qairel lepak dulu sini minum kopi cap
ginseng biar hilang mengah kau tu” ujar Kamal selamba sambil digelakkan
rakan-rakannya yang lain. “Aireen!... Aireeen!...” ujar Qairel sambil
tercungap-cungapnya masih belum hilang. “Kenapa dengan awek aku tu?” soal
Kamal. “Aku ngendap dia…” belum habis Qairel bersuara Kamal ingin menghempuk
Qairel kerana berani-beraninya Qairel mengendap aweknya. “relaks dulu bro!”
ujar Firdaus yang menepis tangan Kamal yang baran itu. Qairel meneruskan
ceritanya. “aku ngendap Aireen pergi jumpa Hazeeq tadi. Dia cakap kat Hazeeq
yang Dia tak ada kena mengena dengan kau pun sebenarnya.” Baru Qairel dapat
menghabiskan ceritanya. “Apa?!” merah padam muka Kamal selepas mendengar cerita
Qairel itu. “Bodohnya perempuan tu! Kau mesti ajar dia Kamal!” bentak Firdaus.
Kamal dan rakan-rakannya mula mengaturkan strategi untuk mengenakan Aireen yang
telah menipu serta mempergunakannya selama ini.
“Hazeeq
kau maafkan aku tak ni?” soal Aireen. “Aku maafkan so kau pergilah balik
sekarang aku nak berehat” ujar Aireen. “Thanks Hazeeq!!” balas Aireen lalu
mencium pipi Hazeeq. Hazeeq terpaku. Aireen pula terus beredar keluar daripada
wad Hazeeq. “hish! Gila betullah minah ni tak tahu malu agaknya” ujar Hazeeq
dalam hatinya lalu terus berehat dan melelapkan matanya.
No comments:
Post a Comment