Friday, 30 August 2013

part 3


“Siapa perempuan tu Eez??” soal Hazreeq. “Aireen Aimiera.” Balas Fareez singkat. “Perempuan  gedik tu? Aku selalu nampak dia tergedik-gedik bila nampak senior-senior. Ramai jugak lah yang mengadu kat aku pasal dia.” Ujar Hazreeq. “Memang pun kalau dengan yang satu sem dengan dia lagi lah, geli aku tengok selamber jer pegang-pegang lelaki tu.” Ujar Fareez pula. Tiba-tiba seseorang menegur mereka dari belakang. “hai! hai Eez!” tegur  Syahilla  dan Aireen . “Illa, Aireen, buat apa kat sini malam-malam macam ni??” soal Fareez. “kau orang ni apa pasal malam-malam macam ni tak duduk bilik je?” soal Hazreeq pula yang mula pandang pelik mereka berdua. “Sorry lah abang senior kitaorang cari barang penting tadi.” Ujar Aireen dengan berani. “Kau Aireen freshy tergedik tu kan? Aku dengar cerita kau mengatal dengan adik aku! Sekarang dia dah kat hospital! Puas hati kau?!” bentak Hazreeq yang tidak dapat menahan emosinya. “Apa? Gedik? Siapa adik kau? Mana aku kenal!” marah Aireen pula. “ patut pun tak kenal yang kau tau mengedik je! Aku abang Hazeeq!” marah Hazreeq. “Please lah tak payah panggil aku gedik ok! Oh, kau rupanya Hazreeq yang orang ramai tergila-gila kan tu ye? Tak de lah hot sangat pun!” ujar Aireen selamber lalu terus berlalu dari situ. “Abang Hazreeq maafkan kami, kami balik dulu” ujar Syahilla lembut dan hormat. Hazreeq tidak mengendahkan kata-kata Syahilla. Syahilla berlalu mengejar Aireen yang sudah jauh meninggalkannya. “Ish berani betul perempuan tu cakap macam bagus depan aku!” ujar Hazreeq. “dia tu kan bajet hot and good-good je, memang lah macam tu tak takut agaknya kena badi!” ujar Fareez pula.
    

                                 *                                 *                              *

  

   “Eh, kau dengar tak tadi dia cakap Hazeeq masuk hospital?” soal Aireen pada Syahilla. “Dengar, kau tak rasa bersalah ke cakap macam tu kat abang Hazreeq tu?” Soal syahilla pula. “Ada juga rasa menyesal, tapi aku geram gila mulut dia macam tak ada insurans cakap aku ni tau mengedik je. Aq risau lah dengan Hazeeq kenapa dia masuk hospital ya?” soal Aireen pula. “Tu lah kau, kalau marah mesti tak boleh control. Sekarang tak kan kita nak patah balik tanya abang Hazreeq pasal Hazeeq.” Ujar Syahilla lagi. “Ish! Gila nak buat macam tu mahu kita di perambat balik nanti.” Balas Aireen. Lalu mereka bergegas pulang ke asrama mereka kerana sudah lewat malam.

                   Malam itu, Aireen tidak dapat melelapkan matanya memikirkan keadaan Hazeeq. Segala posisi tidur dilakukan namun sukar juga untuk dia melelapkan matanya. Lalu Aireen keluar bersendirian dan pergi ke satu kawasan di kampusnya itu yang mempunyai pemandangan waktu malam yang amat cantik. Setibanya Aireen di kawasan itu dia melihat ramai lagi pelajar-pelajar lain duduk di situ untuk mengulangkaji pelajaran. Dia terpandang seseorang yang bersendirian duduk menghadap keindahan malam itu. Aireen perasan bahawa dia adalah Hazreeq. Aireen memberanikan diri untuk mendekati Hazreeq dan cuba bergurau dengan Hazreeq dengan menutup mata Hazreeq menggunakan jari-jemarinya yang halus-mulus itu. Hazreeq betul-betul terkejut dengan tindakan Aireen itu lalu menarik kuat tangan Aireen hingga Aireen jatuh tersungkur di hadapannya. “Aduh!!” teriak Aireen yang membuatkan orang sekelilingnya memandang kearahnya. Hazreeq yang menyedari dia telah mengasari seorang perempuan terus meminta maaf kepada Aireen tanpa menyedari perempuan itu adalah Aireen kerana rambut Aireen menutup separuh mukanya.

No comments:

Post a Comment