Beberapa minit kemudian doktor
keluar daripada bilik rawatan hazeeq. Fareez segera bertanya keadaan Hazeeq.
Doktor terpaksa menceritakan keadaan Hazeeq kepada Fareez memandangkan kedua-dua ibubapa Hazeeq
sedang berkerja di luar Negara. “Apa yang berlaku pada Hazeeq sebenarnya
doktor??” soal Fareez. “Saya harap awak sebagai rakan dia dapat memberikan dia
semangat untuk pulih. Jikalau diikutkan pada imbasan x-ray, memang terdapat
darah beku dalam kepala Hazeeq. Tetapi ianya tidak akan membuatkan Hazeeq
sering jatuh pengsan jika dia tidak mempunyai penyakit lain.” Ujar doktor
tersebut. “Maksud doktor Hazeeq mempunyai penyakit lain ke??” soal Fareez lagi.
“Ya, Hazeeq sudah lama tahu dia mempunyai penyakit Lukimea, namun dia tidak
pernah datang untuk membuat rawatan.” Balas doktor itu lagi. “apa?! Lukimea?
Adakah masih ada peluang untuknya sembuh?” soal Fareez lagi. “saya mengesan
penyakitnya itu pada akhir tahun lepas, mungkin dia masih di peringkat awal dan
insyallah dia masih boleh disembuhkan. Cuma dia perlukan dorongan dan bimbingan
agar dia mahu untuk menjalani rawatan dengan segera. Dia juga perlu menjalani
pembedahan untuk membuang darah beku dengan segera agar darah beku itu tidak
mengangu saraf otaknya.” Jelas doktor tersebut.
Fareez berasa amat kesal dengan sikap Hazeeq
yang degil untuk membuat rawatan penyakitnya itu. Justeru Fareez bertekad untuk
membantu rakan baiknya itu untuk segera sembuh. Fareez menghubungi keluarga Hazeeq
untuk pengurusan pembedahan Hazeeq. Abang
Hazeeq iaitu Hazreeq yang baru pulang dari bercuti di Korea selepas cuti
semesternya tamat telah menjadi wakil untuk menandatangani surat persetujuan
pembedahannya.
Fareez
kemudian menceritakan segala perkara berkaitan penyakit Hazeeq serta keadaannya
kepada Hazreeq. “dia ada lukimea? Kenapa dia tidak pernah bagi tahu aku pun
sebelum ni?” soal Hazreeq yang tua 2 tahun daripada Hazeeq dan Fareez. “mungkin
dia tidak mahu sesiapa risaukan dirinya” balas Fareez. “tapi sekarang aku dah
jadi lagi risau fikirkan keadaan dia” balas Hazreeq. “kita sama-sama berdoa,
in shaa Allah dia akan sembuh sepenuhnya nanti” balas Fareez. Hazreeq kemudian ke bilik
rawatan Hazeeq untuk melihat keadaan Hazeeq. Sebak hati Hazreeq melihat keadaan
adiknya yang sedang bertarung nyawa dengan pelbagai wayar di sambung ke
tubuhnya. “Adik, abang janji abang akan kerjakan orang yang belasah adik tu,
berani diaorang buat macam ni pada adik abang. Adik kuatkan semangat, abang dan
fareez akan sama-sama tolong adik” bisik Hazreeq pada Hazeeq.
* * *
Hazreeq mengajak
Fareez keluar untuk makan pada malam itu. “Eez! Kau betul-betul tak tahu ke
siapa yang ganyang adik aku tu?” soal Hazreeq. “betul aq tak tahu, setahu aku
dia tak ada musuh. Sekejap! Hari tu aku ada Nampak Kamal warning Hazeeq dekat
depan bilik kuliah 1.” Balas Fareez yang baru teringat akan kejadian itu. “Kamal
bagi warning? Maksud kau dia ugut adik aku? Tapi kenapa? Kamal yang bajet hot
tu ke?” soal Hazreeq. Hazreeq merupakan pelajar semester 5 di universiti yang
juga sama dengan adiknya, Fareez dan Kamal. Hazeeq dan Fareez berada di
semester satu, Kamal pula semester tiga. “Betul lah tu budak bajet hot padahal
tak hot mana pun. Dia ugut adik kau jangan gangu makwe dia. Aku curi-curi
dengar. Aku rasa adik kau tak pernah pun nak dekat dengan makwe mamat tu, tapi
makwe mamat tu yang terhegeh-hegeh dekat adik kau.” Ujar Fareez dengan panjang
lebar.
No comments:
Post a Comment